air katira versi simple

Masuk je bulan Ramadan, tak sah kalau tiada Air Katira ini dan menjadi air pilihan semua orang untuk menghilangkan dahaga.

Bukan itu sahaja, asal usul perkataan ‘katira’ itu sahaja adalah istilah pinjaman bahasa Sanskrit iaitu sejenis tumbuhan yang lendir getahnya boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. 

Teknik membuat minuman menggunakan gam katira ini merupakan resipi yang telah lama diamalkan masyarakat luar dan dikatakan mampu menyejukkan badan.

Baca juga: Limau Kasturi Asam Boi, Sedap Basah Tekak Ikut Resipi Mudah Ini 

Bila air minuman ini sampai di Malaysia, kita mevariasikan lagi dengan gabungan susu, biji selasih, pandan, kekacang, cincau, cendol, dan lain-lain. Disebabkan itulah air katira Malaysia berwarna hijau kerana gabungan pandan atau tebu dalam resipi bancuhan.

Untuk resipi versi mudah ini, jom kita ikuti perkongsian dari Cik Puan Sheila Fendy yang menraih lebih 1.8k shares ini. Memang mudah dan sedap! Yang baru belajar pun boleh buat.


RESIPI AIR KATIRA VERSI SIMPLE 

air katira

Saiz air: 1 jug

Bahan-bahan: 

Kordial berperisa tebu brand Double Lion
Susu pekat manis
Chia seed / biji selasih
Air cincau
Air 
Ais

*Sukatan mengikut sesedap mata memandang dan sesedap rasa.

Cara-cara: 

1. Mula-mula, masukkan 1 senduk air kordial perisa tebu dan air cincau.

2. Kemudian, masukkan pula sesudu chia seed atau biji selasih. 

3. Selepas itu, masukkan setengah tin susu pekat manis dan air secukupnya. 

4. Akhir sekali, masukkan ais. Siap untuk dihidang!


Mudah dan ringkas! Semoga perkongsian resipi Air Katira ini memberi manfaat kepada semua. Sangat sesuai untuk dibuat pada bulan Ramadan ini.

Pastinya lebih berpuas hati jika dibuat sendiri berbanding membeli di kedai. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita mula membuatnya sekarang.

Baca juga: Air Laici Kang Cara Mudah Ini Dapat Lebih 2.8K Shares, Cukup Rasa Segar Dan Manisnya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN