resepi telur bistik

Resepi telur bistik ini sangatlah mudah dan sedap. Cukup berselera jika dimakan dengan nasi panas. Ada satu lauk ini pun sudah cukup, tak perlu masak lauk lain sebab telur bistik ini sudah seimbang dengan sumber protein dari telur dan sayur-sayuran yang dimasukkan ke dalam bahan kuahnya.

Baca juga: Mudahnya Resipi Sup Telur Ini, Guna Bahan Asas Di Rumah Je

Resepi Telur Bistik Mudah & Sedap

Bahan-bahan:

  • Bawang putih yang dicincang
  • Bawang holland dipotong dadu
  • Ayam dipotong dadu
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Sos ikan
  • Lada merah besar diracik
  • Lada benggala dipotong dadu
  • Lobak dipotong dadu
  • Jagung tin
  • Garam, gula, serbuk perasa
  • Daun sup sedikit untuk hiasan

Cara memasak:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang holland yang sudah dipotong dadu.

2. Masukkan ayam yang telah dipotong dadu, tumis sehingga matang.

3. Kemudian masukkan 3 sekawan, sos bersama sos ikan sedikit.

4. Gaul sebati kesemuanya. Seterusnya masukkan lada besar, lada benggala, lobak dan jagung.

5. Masukkan sedikit air. Renehkan sekeketika.

6. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa sehingga cukup rasa.

7. Akhir sekali, taburkan daun sup. Ketepikan sementara kita buat telur pula.

8. Pecahkan telur 5 biji, kacau bersama garam serta serbuk perasa.

9. Masak macam biasa kita buat telur dadar. Ada dua pilihan, kalau pandai buat ala-ala telur bistik bungkus boleh lah buat lagi kreatif. Masukkan bahan yang sudah masak tadi dan letakkan di tengah-tengan telur dan bungkus.

10. Kalau tak pandai nak bungkus dan risau berterabur, buat je macam telur dadar biasa. Bila dah masak, letakkan atas pinggan macam kemudian baru letak bahan yang dimasak tadi kat atas telur.

11. Siap, sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Kredit: Kak Chik

Baca juga: Lauk Kurma Ayam Guna Cara Ekspres, 30 Minit Dah Siap Masak!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN