kombinasi lauk-lauk nasi ayam ala The Chicken Rice Shop
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Side Dishes Nasi Ayam ala TCRS
kombinasi lauk-lauk nasi ayam ala The Chicken Rice Shop
BAHAN-BAHAN
- A) Kerabu Mangga : 1 biji mangga muda – hiris nipis
- 2 btg serai, hiris nipis
- 5 tangkai cili padi – lebihkan kalau suka pedas
- sedikit sos ikan
- garam dan gula secukup rasa
- hirisan cili merah dan daun bawang sebagai hiasan.
- B) Ipoh Taugeh : Taugeh (anggaran 50¢)
- 3 sudu sos tiram
- sedikit lada sulah
- hirisan cili merah, bawang goreng dan daun sup/bawang sebagai hiasan
- C) Egg Tofu with Oyster Sauce
- 2 bungkus tofu telur – potong 2
- 1/2 cawan sos tiram campur 1/2 cawan air
- sedikit lada sulah
- bawang goreng, daun sup/bawang & hirisan cili merah sebagai hiasan
CARA PENYEDIAAN
- Menu A) – campurkan semua bahan dan gaul rata. Hiaskan dengan cili merah dan daung bawang.
- Menu B) – Buang kulit taugeh dan basuh taugeh bersih-bersih. Letakkan dalam mangkuk dan tuangkan sos tiram. Taburkan sedikit lada sulah dan hias dengan cili merah. Kukus sebentar (jangan sampai taugeh layu) dan keluarkan. Taburkan daun sup/ daun bawang & bawang goreng sebagai hiasan.
- Menu C) – masukkan tofu yang telah dipotong kedalam mangkuk. Tuang campuran sos tiram dan air kedalam mangkuk tersebut. masukkan sedikit lada sulah. Kukus selama 2 minit.
Setelah masak, keluarkan dan hias dengan bawang goreng & daun sup & daun bawang.
*note* kalau nak sedap boleh tambah udang kering tumbuk macam kat TCRS tu.. - resepi side dishes ini sedap dimakan bersama nasi ayam & roasted chicken. ia merupakan pilihan menu yang sihat kerana dimasak secara kukus dan tidak menggunakan minyak.
- selamat mencuba!
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.