Sambal-Belacan-Ikan-Bilis-Petai

Jom masak Sambal Belacan Ikan Bilis Petai. Lauk ini kalau dah sejuk pun tetap sedap dan boleh bertambah nasi dibuatnya tau.

Buat penggemar petai, memang pantang nampak ulam ini memang berselera sangat nak makan. Walaupun menu ini ringkas, hidangan lauk kampung ini memang ramai peminatnya.

Baca juga: Fuh, Tak Sangka Petai Pun Boleh Jadi Aiskrim, Ini Resipi Untuk Dicuba!

Bahan utama menu ini adalah sambal belacan yang dibakar, ikan bilis, petai serta tempe.

Resipi ini telah dikongsikan sendiri oleh Amie’s Little Kitchen. Jom kita tengok cara-caranya.


RESIPI SAMBAL BELACAN IKAN BILIS PETAI

sambal belacan ikan bilis petai

Bahan-bahan:

  • 1 cawan sambal belacan
  • 1 cawan ikan bilis goreng
  • 1 cawan hirisan tempe goreng
  • 1 cawan petai goreng
  • 5 biji bawang merah – hiris
  • 1 labu bawang besar – hiris
  • 4 sudu besar minyak
  • Garam
  • Gula

Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak, dan goreng bawang merah serta bawang besar sehingga kekuningan.
2. Masukkan sambal belacan, dan tumis seketika.
3. Masukkan serentak ikan bilis goreng, tempe goreng dan petai goreng.
4. Kacau beberapa kali dan perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan jika perlu.
5. Padamkan api dapur.

Siap untuk dihidang! Makan dengan nasi putih panas-panas boleh terangkat dibuatnya! Resipi ini boleh dibuat banyak.

Simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti. Tahan lama dan bila nak makan boleh je nak panaskan sambal tu. Bau sambal ni memang buat tak sabar nak makan tau!

Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN