peniaga oku

Baru-baru ini tular peniaga OKU yang membuka sebuah kedai makanan barat habis terjual kerana resipi sos lada hitamnya menarik perhatian pengunjung. 

Peniaga OKU berkenaan, Abdullah Affandi Md Yusop ini atau mesra dipanggil Onedha telah kehilangan kaki kanannya selepas terbabit kemalangan jalan raya.  

Baca juga: Pak Mat Western Viral Tawar Nasi Lemak 90 Sen, Raih Perhatian Netizen

Memetik laporan MStar, Onedha yang sudah pun berstatus orang kelainan upaya (OKU) sejak 25 tahun yang lalu menyatakan bahawa sebelum ini dia merupakan operator di Syarikat Telekom Malaysia Berhad, Kuala Lumpur.

peniaga oku

Lalu Onedha membuat keputusan untuk berhenti kerja dan sambung mencari rezeki di kampung perantauan Sungai Petani, Kedah.

“Dah lama saya kemalangan, dah 25 tahun. Waktu tu saya naik motor nak pergi beli makanan untuk adik-adik. Nasib tak baik, saya kemalangan dengan lori di Sungai Petani.

“Saya berniaga ni pula baru tiga bulan. Mula tahun lepas dan berniaga seorang saja sebab waktu tu tak ada pekerja lagi. Kalau tak silap dalam dua minggu juga saya uruskan kedai seorang diri.

“Alhamdulillah sekarang dah ada enam pekerja. Tiga pekerja tetap dan tiga lagi sambilan. Mereka ni banyak bantu bahagian hidang dan hantar makanan kepada pelanggan.

“Selepas berhenti kerja di Telekom tu, saya ada buka perkhidmatan mengandam… ramai juga pelanggan. Sekarang pun ada lagi solek pengantin tetapi dah kurang sikit sebab nak fokus lebih kepada kedai makan saya,” katanya.

Disebabkan itu, Onedha meluahkan rasa bersyukur kerana keluarganya banyak memberikan dorongan dan sokongan kepadanya untuk berniaga terutama sekali kakaknya yang telah memberikan kebenaran menjadikan rumah kosongnya sebagai kedai makan.

Sos Lada Hitam Jadi Tarikan Pengunjung

Bukan itu sahaja, Onedha turut berkongsikan resepi sos lada hitam yang dicicah bersama ayam panggang, stik kambing dan stik daging menjadi pilihan orang ramai sehingga ke hari ini.

Dia juga berasa tidak menyangka bahawa setiap hari hampir 350 pinggan makanan berjaya dijual dan menganggap ini rezeki daripada Allah SWT. 

“Kakak yang tawarkan untuk buka kedai sebab adik beradik selalu puji ayam barbeku yang saya buat tu sedap. Kebetulan kakak ada rumah tinggal kosong, jadi dia suruh saya buka kedai dekat sana.

“Selain adik beradik, mak ialah orang yang paling banyak bagi sokongan dari awal nak mula berniaga. Walaupun modal saya yang keluarkan sendiri, tetapi mereka banyak beri sokongan.

“Rasanya dah 20 tahun saya guna resepi sos lada hitam tu. Sebelum ni selalu buat untuk makan keluarga sahaja dan sekarang baru untuk berniaga.

“Alhamdulillah purata sehari dalam 350 pinggan. Menu makanan di kedai saya iaitu stik kambing, stik daging, ayam panggang dan spageti kuah campur. Pelanggan yang datang pun dari jauh seperti Melaka, Johor, Perak dan Kuala Lumpur,” jelasnya.

Video Penuh: 

@onedha82

hijrah dalam segala segalanya. selagi kita diberi nafas dan sebagai manusia. #fyp #fypシ #fypシ゚viral

♬ original sound – SYAMEL AMZAH – SYAMEL AMZAH


Rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk dan kekurangan yang ada pada diri kita bukanlah satu cabaran untuk terus berjaya. Semoga terus maju jaya! 


Sumber: Mstar

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN