dry chilli pan mee

Lamanya tak makan Dry Chilli Pan Mee ini. Selalunya kalau singgah kopitiam atau restoran cuisine cina baru dapat makan. Jom buat sendiri di rumah.

Mungkin ada yang tak pernah dengar atau rasa masakan ini. Agak susah juga nak jumpa kerana sesetengah tempat je ada, kebanyakannye kopitiam style restaurant dan foodcourt tapi tak semua foodcourt ada penjual pan mee ni.

Baca juga: Cara Buat Mee Kuning ‘Homemade’, Lagi Kenyal Dan Jimat!

Jika hendak merasai kelazatan dan kesedapan Dry Chilli Pan Mee, boleh masak sendiri dirumah. Mudah dan ringkas sahaja.

Bahan-bahan pun mudah dapat dan tak mahal. Buat sendiri mesti sedap dan puas hati. Ikut sahaja resipi perkongsian Wan LuQman ini. Gerenti sedap dan menjadi.


RESIPI DRY CHILLI PAN MEE

dry chilli pan me

Bahan-bahan: 

  • Pan Mee
  • Ayam Kicap
  • Chilli oil
  • Ikan Bilis
  • Sayur Pak Choi atau Kailan

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, goreng ikan bilis dahulu. Angkat dan ketepikan.

2. Kemudian, untuk oyster chicken, sediakan isi dada ayam dan cendawan. Tumiskan dua bahan ini.

3. Selepas tumis, masukkan kicap, kicap karamel, sos tiram, kicap cair. Perasakan ia dengan gula dan garam. Last sekali, letak sedikit minyak bijan.

4. Untuk pan mee pula, rebuskan ia kira-kiran dalam 10 minit. Toskan ia dan bilas dengan air sejuk. 

5. Sayur pak choy pula, celurkan ia seketika kira-kira 3 minit dan kemudian angkat.

6. Susun kesemuanya di dalam mangkuk dan sedia untuk dimakan.


Selamat mencuba.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN