jeruk betik

Ramai tak yang suka makan jeruk betik? Jika tidak tahu cara membuatnya, mari kami tunjukkan cara-cara membuat jeruk betik yang mudah.

Untuk membuat jeruk betik, kita memerlukan buah betik yang cukup tua dan isi kekuningan supaya hasilnya nanti lembut dan manis.

Sekali cuba buat pasti takkan beli dah! Maklumlah, jika dibuat secara homemade lebih diyakini. Mari kita cuba buat menggunakan resipi hasil perkongsian dari Musyahadah di bawah.

Resipi Jeruk Betik Yang Bikin Ketagih

Baca juga: Bukan Hanya Boleh Cegah Sembelit, Ini 10 Khasiat Buah Tembikai Yang Anda Perlu Tahu

Bahan-bahan:

  • Betik mengkal (kuning sedikit)
  • 8 biji asam boi warna oren
  • 2 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan cuka
  • 1/2 sudu teh kapur

Cara-cara:

1. Rebus asam boi bersama gula. Kalau nak manis, lebihkan kurang. Jika sebaliknya, kurangkan gula. Biarkan menggegak selama 6 minit.

2. Apabila warna sudah hampir berwarna oren, masukkan cuka mengikut cita rasa. Masak sekejap dan boleh tutup api. Sejukkan.

3. Kupas betik, potong setebal duit syiling tau mengikut suka seperti dalam gambar di bawah.

4. Cuci bersih dan rendam betik di dalam air kapur selama 5 minit. Kemudian buang air dan toskan.

5. Bila dah agak kering, masukkan ke dalam balang yang berisi air asam tadi.

jeruk betik

6. Simpan di dalam peti sejuk dan sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!

Kredit: Musyahadah Oo

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN