Satu lagi masakan yg diajar oleh mak mertua….sodap sangat mkn dgn nasi atau pulut….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Betik muda masak lemak cili padi

Satu lagi masakan yg diajar oleh mak mertua….sodap sangat mkn dgn nasi atau pulut….

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 biji betik muda( org N9 panggil ” kepayo”)
  • 1 biji kelapa – dparut dan diperah santannya( santan pekat)
  • Segenggam cili padi ( kalau tak suka pedas,boleh dikurangkan)
  • 2 inci kunyit hidup
  • segenggam ikan bilis
  • sehelai daun kunyit ( jika tak ada,tak bubuh pun tak apa)
  • garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Betik muda dicincang halus ( jgn terlampau halus sangat….sederhana jelah…)
    Cuci dan toskan.
  • Tumbuk cili padi dgn kunyit sehingga lumat.
  • Masukkan betik muda,santan dan bhn tumbuk tadi kedlm kuali.Kebiasaannya org N9 memasak lauk menggunakan kuali- senang nak kacau lauk tersebut.
  • Masak dgn api yg perlahan agar santan tadi tidak pecah.Masukkan ikan bilis dan garam secukup rasa.
  • Setelah mendidih masukkan daun kunyit yg telah disiat.Kacau seketika dan bolehlah dipadamkan api.
  • Masakan ini kurang kuahnya,ia spt rendang….kalau berkuah tak sodaplah…sbb itu ia menggunakan santan pekat…utk mudah,gunakan santan pekat yg dijual kat pasar…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN