selesema

Selesema dan batuk merupakan gejala biasa dan kerap dialami oleh penduduk di dunia. Secara purata, golongan dewasa biasanya mengalami selesema 2 ke 5 kali jangkitan setahun manakala golongan kanak-kanak dan geriatrik pula mengalami jangkitan pada kadar yang lebih tinggi. 

Menurut Portal MyHealth, secara semulajadi, selesema dan batuk merupakan mekanisme pertahanan diri yang biasa berlaku untuk mencegah jangkitan kuman.

Di dalam terminologi perubatan, batuk didefinisikan sebagai tindak balas refleks yang distimulasikan oleh keradangan pada permukaan mukosa pernafasan di saluran paru-paru dan tekak.

Batuk tidak akan merosakkan paru-paru malah ia membantu membersihkan paru-paru dan saluran udara daripada bendasing yang telah memasuki rongga hidung dan tekak melalui tindakan refleks tersebut.

Jom kita lihat senarai makanan dan minuman yang dapat membantu melawan serta menghilangkan keadaan ini. 


1. Sup

selesema

Sup merupakan salah satu makanan yang baik untuk sistem imuniti badan manusia. Apa yang menarik mengenai sup adalah ia boleh dicampur dengan pelbagai bahan berkhasiat bagi memastikan anda mendapat kandungan zat dan vitamin untuk kesihatan.

Apabila berbicara mengenai diet untuk mencegah, kita mahukan makanan yang bermacam-macam. Ini bermakna bahan seperti ayam yang tinggi zink dan zat besi serta lobak yang kaya dengan vitamin C boleh diletakkan dalam sup,” ujar Mc Daniel.

Selain itu katanya, roti juga membantu merembeskan lendir dan melindungi badan dari bakteria lain.

Resipi: Cara Buat Sup Ayam Halia Lada Hitam, Kembalikan Selera Ketika Tak Sihat


2. Teh Hijau

selesema

Teh hijau dikenali sebagai herba yang dapat membantu imuniti badan manusia. Kandungan ‘Catechin’ di dalamnya adalah bahan yang penting dalam diet imuniti.


3. Madu

Ia berkesan untuk menenangkan kerongkong dan mengurangkan batuk. Madu juga boleh membantu mengatasi pencernaan dan refluks asid.

Daripada menggunakan gula dalam kopi, gantikannya dengan madu. Paling tidak cuba epal yang dicelupkan dalam madu untuk snek enak.

Baca juga: Khasiat Madu Yang Tiada Tandingan Lebih-Lebih Lagi Untuk Kesihatan 


4. Yogurt

Yogurt merupakan salah satu dari product tenusu yang mengandungi probiotik penting, atau ‘bakteria baik’, yang boleh membantu mengurangkan bakteria jahat pembawa penyakit.

Baca juga: Beza Yogurt Greek & Yogurt Biasa, Pilih Yang ‘Jenis’ Ini Baru Lagi Sihat


5. Buah Oren

Buah-buahan masam seperti oren menyalurkan Vitamin C dalam kuantiti yang besar .

Dan jangan bimbang tentang mempunyai terlalu banyak vitamin: Ia larut dalam air, jadi apa yang tidak anda gunakan ia kan disalurkan melalui pembuangan air kecil.


6. Bawang Putih

Bawang putih menghasilkan antioksidan yang kuat dan boleh melindungi tubuh daripada diserang kuman. 


Sumber: Portal MyHealth, NDTV

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN