jamuan akhir tahun

Ibu-ibu buntu memikirkan menu apa untuk dibawa ke jamuan akhir tahun sekolah anak? Haa, apa kata jom masak Mac & Cheese.

Resipi yang dikongsi oleh Siti Hajrah Sulaiman ini sesuai untuk dibawa ke jamuan sekolah, pejabat ataupun untuk jualan.

Jika ikut resipi ini anda akan dapat 40 pek kecil, ngam-ngam untuk satu kelas. Jom cuba!

Resipi Mac & Cheese Untuk Jamuan Akhir Tahun

jamuan akhir tahun

Bahan-bahan:

  • 2 peket macaroni kimball (1 peket 400gm)
  • 5 keping sosej ayamas
  • 2 sudu besar bawang kisar
  • 4 tin sos mac & cheese prego
  • 2-3 cawan susu segar (ikut kepekatan kuah yang diingini)
  • 1 sudu besar serbuk cili (ikut tahap kepedasan yang diingini. Saya buat light2 je sebab budak tak suka pedas sgt)
  • 1 sudu besar lada sulah (yang ni ikut pedas yang nak ye)
  • 5 keping cheese slice
  • Oregano
  • Sedikit garam

Cara-cara:

1. Didihkan air dalam periuk. Rebus makaroni sehingga lembut mengikut masa yang ditulis pada paket. Angkat dan toskan. Ketepikan seketika.

2. Tumis bawang yang sudah dikisar dengan sedikit minyak.

3. Masukkan sosej yang sudah dihiris kecil.

4. Tuangkan sos mac & cheese prego. Kacau sebati.

5. Kemudian, tuangkan susu segar. Kuantiti mengikut kepekatan kuah yang diingini.

6. Seterusnya, masukkan lada sulah. Kuantiti mengikut tahap kepedasan yang disukai. Kacau sebati.

7. Letakkan cheese slice. Gaul sehingga cheese tidak berketul.

8. Akhir sekali, taburkan oregano untuk menaikkan bau dan sedikit garam jika perlu untuk seimbangkan rasa. Selamat mencuba!

jamuan akhir tahun

Kredit: Siti Hajrah Sulaiman

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN