masak telur dadar

Korang mesti suka makan telur dadar gebu kan. Lebih-lebih lagi kalau makan dengan nasi panas. Fuh! Digandingkan pulak dengan kicap. Tu pun dah cukup. Silap hari bulan sampai bertambah nasi.

Ada banyak tips macam mana nak masak telur dadar gebu gebas ni. Lain orang, lain caranya. Ada yang suka masak telur dadar bukan main nipis lagi.

Baca juga: Tips Beli Telur Yang Betul Untuk Menghindari Risiko Keracunan

Ada pulak yang suka masak telur dadar tebal lah pulak. Jadi, korang nak tau tak, tips nak buat telur dadar gebu gebas dan tersangatlah sedap.

Korang jangan pening tau. Ada 8 tips semuanya yang dikongsikan oleh Liza Hamdi di Facebook, boleh pilih nak ikut tip yang mana.


TIP MASAK TELUR DADAR GEBU GEBAS

telur dadar

1. Masa pukul telur, pastikan pukul lama. Nanti masa kita goreng telur tu dalam kuali, telur itu akan naik dan kembung cantik je. Lepas telur dah betul-betul kembang dengan jayanya, barulah kita masukkan bawang besar dan cili merah.

2. Masa pecahkan telur ke dalam mangkuk, masukkan sedikit air. Lepas tu, baru pukul telur tu sampai kembang.

3. Sebelum goreng, tunggu sampai minyak betul-betul panas baru masukkan telur.

4. Tambah satu sudu besar mayonis dalam bancuhan telur dadar, lepas tu pukul sampai sebati dan kembang. Nanti telur akan jadi gebu, lembut, lemak dan bertambah sedap.

5. Lepas korang dah siap pukul telur tu sampai kembang, tapiskan sebab nak tapis buih-buih yang ada pada telur. Dah siap, barulah kita masukkan bahan-bahan lain.

6. Masa nak tuang pun ada caranya tau. Caranya, tuang telur tu dari jarak yang agak tinggi. Jangan lupa kecilkan api dulu dan tunggu telur sampai masak sebelum terbalikkan.

7. Masa pukul telur tu, tambahkan air perahan limau nipis. Lepas tu, pukul hingga rata dan sebati.

8. Lagi satu, masa nak pukul telur tu, tambahkan sedikit serbuk penaik ke dalam bancuhan tersebut. Lepas tu, pukul sampai sebati. Cara ni dikatakan akan menjadikan telur dadar lebih sedap.


Haa, macam mana? Simple je kan, boleh lah korang cuba. Semoga bermanfaat! 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN