Tak perlu pening kepala nak masak apa untuk dibawa ke potluck bersama rakan-rakan ataupun jamuan di pejabat. Jom kita buat pencuci mulut yang mudah seperti Nutella Bites ini.

Kalau nak makan tinggal ambil saja, tak perlu guna pinggan. Yang paling best, untuk membuat pencuci mulut ini hanya perlu menggunakan 2 bahan iaitu roti paratha dan nutella.

Dengan hanya 2 bahan mudah ini, anda sudah boleh menghasilkan manisan yang sedap dan lain dari lain. Jom cuba buat menggunakan resipi yang dikongsi oleh Hurun’lin Malik di bawah.

Baca juga: Hanya Guna Kulit Paratha Segera, Mudahnya Nak Buat Portuguese Egg Tart!

Cara Buat Nutella Bites Guna 2 Bahan

Bahan-bahan:

  • 1 paket roti paratha (5 keping)
  • Nutella
  • Aluminium round tin saiz 6″

Cara-cara penyediaannya:

1. Gunakan cawan untuk tekap bulatan pada setiap paratha dan potong dua jadikan separuh bulatan.

2. Sudukan sedikit nutella di tengah-tengah.

3. Picitkan paratha di bahagian yang lurus sampai tertutup. Biarkan bahagian melengkung terbuka nampakkan isi nutella.

4. Susunkan rapat-rapat setiap paratha berisi nutella membentuk seperti jambangan bunga.

nutella bites

5. Bakar pada suhu 180°C menggunakan api atas bawah, letak pada rak oven bahagian paling bawah. Bakar selama 30 hingga 40 minit atau sehingga paratha masak.

nutella bites

Kredit resipi: Hurun’Iin Malik

Baca juga: Cara Buat Kek Tapak Kuda, Kek Yang Gebu & Lembut Berinti Nutella!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN