Ada penggemar Cream Puff dekat sini? Jom buat guna resipi ini. Tapi inti popular selalunya kastard tapi kali ini guna cuba buat inti whipping cream. Memang sedap tau!
Pencuci mulut ini kebiasaannya boleh didapati di mana-mana kedai bakery ataupun cafe-cafe hipster. Ia juga mempunyai tekstur yang gebu dan gemuk.
Meleleh air liur dibuatnya. Fuhh!
Baca juga: Cara Buat Puff Sardin Ala Stesen Minyak Shell, Guna Pastri Segera Jer
Selalunya, cream puff sangat sesuai dimakan waktu sejuk dan disimpan dalam peti sejuk untuk mengekalkan keenakannya.
Bahan yang diperlukan juga sangat mudah diperolehi. Dengan menggunakan 4 bahan sahaja, anda dapat hasilkan cream puff yang sangat sedap.
Nak beli kat luar rasa tak berbaloi, apa kata buat secara homemade. Buat banyak mana pun boleh.
Resipi Cream Puff Inti Whipping Cream ini telah dikongsikan sendiri oleh Nadia Sukiman dan mendapat sehingga 1.1k shares dan 824 likes!
Jom kita tengok cara membuatnya.
RESIPI CREAM PUFF INTI WHIPPING CREAM
Portion: 60 biji cream puff
Bahan-bahan Puff:
110gram butter
1 cawan air
1/2 sdk garam
2gram gula
1 cawan tepung gandum
4 biji telur Gred A
Bahan Inti:
100gram non-dairy whipping cream
Pewarna hijau
*Kacau hingga kenyal. Boleh letak pewarna makanan lain ikut selera masing-masing.
Cara membuatnya:
1. Masukkan air+butter+gula+garam kacau sebati hingga mendidih.
2. Perlahankan api masukkan tepung kacau sehingga tidak melekat. Tutup api.
3. Kacau sehingga adunan suam kemudian masukkan telur satu persatu hingga habis.
4. Pipekan guna nozel 1M bakar dgn kepanasan suhu 180C selama 30 minit (bergantung pada oven masing-masing). Sebelum bakar renjis sedikit air pada permukaan puff.
5. Sejukkan, potong atau gunting kulit puff dan masukkan inti kastard didalamnya dan ayakkan snow powder dibahagian atasnya.
Dah musim jamuan sekolah akhir tahun dan nak masuk cuti pula, mesti ibu-ibu dah buntu nak masak apa untuk kudapan anak-anak. Hampir setiap hari nak kena fikir. Masak benda yang sama nanti anak-anak pula bosan.
Semoga resipi ini bermanfaat buat korang semua. Sekali cuba pasti nak lagi, ala-ala cream puff kat cafe hipster tau. Selamat mencuba!