Ramai tak tahu masak pulut kuning tanpa santan sebenarnya lebih sihat. Walaupun tanpa santan, hasilnya tetap lembut dan tidak mentah.
Pulut kuning yang dimasak sempurna sedap dimakan rendang ayam, boleh juga dimakan dengan daging kerutub. Nak tahu bagaimana caranya? Jom baca perkongsian oleh Sharinaz Redwan di bawah.
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Rendang Ayam Kegemaran Satu Keluarga, Sukatan Untuk 2 Ekor Ayam
Cara Masak Pulut Kuning Tanpa Santan
Difahamkan, empunya resipi sudah mencuba berbagai teknik tapi tetap tidak menjadi. Akhirnya teknik yang digunakan adalah ‘double boiler’.
Teknik double boiler ini adalah kaedah di mana kita menggunakan dua bekas. Didihkan air dalam bekas yang pertama (di bawah) dan letakkan beras dalam bekas yang kedua (di atas). Namun perlu diingatkan bekas yang berisi air tadi adalah lebih kecil berbanding bekas yang di atas.
Cara-caranya:
1. Basuh pulut seperti biasa, kemudian masukkan air bersama serbuk kunyit dan daun pandan di dalam periuk. Gaulkan agar warna kuning kunyit itu sekata pada pulut.
2. Sukatan air mengikut paras pulut sahaja, jangan lebih.
3. Ambil periuk lain (pastikan periuk ini lebih besar tadi periuk berisi pulut tadi). Isikan air dan didihkan, kemudian letakkan periuk yang berisi pulut ke dalamnya.
4. Tutup periuk dan biarkan pulut masak selama 15 hingga 20 minit menggunakan api sederhana.
Kredit: Sharinaz Redwan