Bubur nasi berlauk merupakan sajian yang enak dinikmati pada bila-bila masa sahaja tak kira pada waktu sarapan atau semasa makan tengahari.
Sama seperti nasi putih, bubur nasi juga enak dimakan bersama dengan pelbagai jenis hidangan sampingan seperti ikan bilis goreng, kangkung goreng belacan, telur masin, kacang goreng dan sebagainya.
Kalau ada yang nak cuba, ikut saja resipi hasil perkongsian oleh Mak Su menerusi grup Facebook, Masak Apa Hari Ni (MAHN) di bawah.
RESIPI BUBUR NASI BERLAUK
Bahan-bahan bubur:
- 2 cawan beras (dikisar)
- 6 cawan air
Cara penyediaan bubur:
- Masak bubur sepeti biasa. Apabila makin pekat, boleh tambah sedikit air.
Bahan-bahan kangkung goreng belacan:
- Bawang putih
- Sambal belacan
- Kangkung
- Bawang holland
- Cabai besar merah
Cara penyediaan kangkung goreng belacan:
- Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga garing. Masukan sambal belacan kemudian tumis sehingga naik bau.
- Masukkan kangkung dan tambahkan air sedikit.
- Goreng dengan api yang besar. Kemudian masukan bahan perisa, cabai besar yang dihiris, kemudian masukan bawang holland. Siap untuk dihidangkan.
Bahan untuk hidangan:
- Kacang tanah (digoreng)
- Ikan bilis (digoreng)
- Telur masin (direbus)
- Bawang goreng
- Limau
- Daun bawang
- Kangkung goreng belacan
**Boleh juga dihidangkan bersama isi dada ayam.
Kredit: Mak Su