menu rahmah

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) baru-baru ini telah perkenalkan Menu Rahmah pada 31 Januari lalu iaitu menawarkan makanan tengah hari dan malam serendah harga RM5 dan lebih 15,000 premis menyahut kempen ini.

Baca juga: 36 Barang Dapur ‘Wajib’ Ada Untuk Stok Sebulan, Boleh Berjimat Guna Cara Ini

Berikutan zaman sekarang ini harga barang mentah makin meninggi, ramai premis makanan menyahut kempen ini untuk menyediakan makanan kepada golongan B40.

menu rahmah

Bagi yang kurang pasti apa itu Menu Rahmah, ini 15 info yang korang boleh baca;

1. Menu Rahmah adalah satu sajian makan tengah hari atau malam yang merangkumi nasi, satu pilihan protein (ayam/daging/ikan) dan sayuran yang ditawarkan dengan harga serendah RM5 sepinggan.

2. KPDNKSH mengharapkan dengan tawaran harga menu yang berpatutan dan mampu beli untuk bantu golongan sasar yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup kini.

3. Menu Rahmah merupakan kerjasama sinergi antara kerajaan bersama pemain industri makanan dan minuman yang akan diperluaskan di seluruh Malaysia.

4. Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah merasmikan Menu Rahmah di Pasar Raya MYDIN Subang Jaya, Selangor.

5. Menu Rahmah stau inisiatif baru untuk kurangkan kos sara hidup rakyat. Ia melibatkan urus industri bersama wakil-wakil persatuan restoran seperti Persatuan Pengusaha Rsetoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia, Malaysia Singapore Coffe Shop Proprietors General Association (MCSPGA), Bumiputera Retailers Organization (BRO), Malaysia Retail Chain Association (MRCA), dan Malaysia Retailers Association (MRA).

6. Kempen ini melibatkan 15,000 premis makanan di seluruh Malaysia.

7. Salahuddin berkata daripada pemerhatian terdapat peniaga yang prihatin dengan mempelbagaikan menu lain seperti mi goreng, kuetiau goreng, rojak, Roti John, dan Shawarma.

8. Bagi memudahkan rakyat, KPDNKSH akan meletakkan pelekat atau simbol Menu Rahmah di premis makanan yang terlibat.

9. Salahuddin membuat kenyataan kempen ini akan sentiasa dijalankan selagi premis memberi kerjasama untuk berikan perkhidmatan.

10. Sekiranya pengusaha premis tak dapat mengekalkan harga menu, boleh beritahu KPDN supaya perbincangan boleh dibuat dari masa ke masa. Menurut Salahuddin, mereka boleh laksanakan harga menu RM5 itu. 

11. Salahuddin juga tidak fikir ada golongan (selain miskin tegar dan golongan memerlukan) yang akan mengambil kesempatan terhadap perlaksaan Menu Rahmah ini kerana mereka mempunyai pilihan makanan lain.

12. “Tetapi jika golongan selain B40 yang juga ingin berjimat kerana poket kosong di tengah bulan, mereka juga boleh memilih menu rahmah kerana mereka juga ada selera untuk mengambil menu ini,” katanya.

13. Selain Menu Rahmah, Bakul Rahmah, Pakej Harga Barang Rahmah dan Kafe Rahmah akan KPDNKSH cuba selesaikan selewat-lewatnya Mac ini.

14. Bakul Rahmah disasarkan untuk beri kepada golongan keluarga miskin tegar dan memerlukan setiap bulan manakala Pakej Harga Barang Rahmah bakal meliputi 12 barang keperluan asas yang boleh dibeli pada harga yang ditetapkan.

15. Inisiatif Kafe Rahmah pula akan dibuat di universiti tempatan bermula di Kuala Lumpur merangkumi sarapan dan  makan tengah hari sementara makan malam akan ditawarkan dengan diskaun sehingga 50%.

Sumber: KPDNKSH, Bernama

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN