thai coconut chicken soup

Pasti ramai yang pertama kali mendengar menu Tom Kha Sup atau juga dikenali sebagai Thai Coconut Chicken Soup. Hidangan Thai ini sangat aromatik.

Antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sup kelapa berkrim ini adalah ayam, cendawan, serai, lengkuas, cili padi dan sebagainya.

Hidangan Thai yang enak ini juga pasti dapat menghangatkan badan anda dengan rasanya yang pedas, masam dan berkrim.

Cara Masak Tom Kha Ghai Atau Thai Coconut Chicken Soup

Bahan-bahan:

  • 300-400gram isi ayam(dipotong kecil)
  • Bawang merah 3-4 biji
  • Bawang putih 4 ulas(dikatok)
  • 5cm lengkuas(dihiris)
  • 6 batang cili padi merah(dihiris)
  • 2 batang serai(dipotong serong)
  • 1 biji tomato(dibelah 4)
  • 200ml coconut milk/santan susu
  • 6 helai daun limau purut(dipotong 2)
  • Cendawan(tiram/cendawan butang/etc)
  • 2 sudu besar jus limau@jus lemon
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar gula
  • Daun ketumbar 3 Pokok (dipotong)
  • 1-2 cawan air
  • 1 kiub ayam

Cara-cara:

1. Sediakan periuk. Masukkan air, serai, daun limau purut, bawang merah, bawang putih dan akar ketumbar. Biarkan masak selama 6 minit.

2. Kemudian, masukkan ayam yang telah dipotong kecil. Masakkan seketika. Kemudian masukkan tomato, cili padi dan daun ketumbar.

3. Masukkan sos ikan, jus limau atau lemon, kiub ayam, gula dan cendawan. Biarkan sehingga mendidih.

4. Tuangkan susu santan atau coconut milk. Masak seketika dan tutup api.

5. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

thai coconut chicken soup

Kredit: Nurul Ateekah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN