mee sanggul

Pernah cuba Mee Sanggul? Memang sedap tau! Tapi agak sukar nak jumpa hidangan ini di kedai. Kalau ada jual, memang ‘rare’ lah! 

Hidangan ini agak popular di negeri belah utara iaitu Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Jadi memang agak susah nak jumpa bila duduk di tempat lain. Kena beli borong baru puas hati nak masak bila-bila. 

Kalau ada mi ini di rumah, kerja memasak pun jadi senang. Boleh disimpan lama kerana mi ini adalah jenis mi kering. Jadi bila-bila nak makan, tinggal masak je.

Baca juga: Cara Buat Mee Kuning ‘Homemade’, Lagi Kenyal Dan Jimat!

Teksturnya pula nipis dan lembut. Ramai yang suka mi sanggul kerana lebih sedap daripada mi kuning biasa. Sangat sesuai dihidangkan untuk sarapan ataupun minum petang. Tapi kalau yang jenis bujang 

Jom cuba resipi dari perkongsian dari Nurul Ateekah di Facebook ini. Resipinya ini trending kerana mendapat 3k tanda suka, 384 komen serta 3.5 perkongsian. Fuhh! memang ada ramai penggemarnya termasuklah min. Hiks!


RESIPI MEE SANGGUL GORENG BASAH

Portion hidangan: 2-4 orang

Bahan-bahan:

  • 2  paket mi sanggul (direbus @ rendam sehingga lembut dan toskan )
  • Udang (dicuci bersih)
  • 4 biji telur
  • 4 ulas bawang putih (dikatok)
  • 1 biji Tomato (belah 4)
  • Kucai 
  • Taugeh 
  • 7 sudu besar cili kisar 
  • 4 sudu besar sos tiram 
  • 4 sudu besar sos cili 
  • 4 sudu besar sos tomato 
  • Kicap Manis 
  • Garam

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak , tumis bawang putih sehingga sedikit keperangan.
2 . Kemudian , masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan udang . Gaulkan dan biarkan sehingga udang masak.
4. Masukkan sos tiram , sos cili , sos tomato , kicap manis dan serbuk perasa. Gaulkan sekata.
5. Masukkan tomato, dan pecahkan telur didalam kuali. Gaulkan.
6. Masukkan mi sanggul, taugeh dan kucai . Gaulkan kesemuanya sehingga sekata dan biarkan masak seketika .
7. Angkat dan siap untuk dihidang.

Mudah je kan! Cara memasaknya sama sahaja macam menggoreng mi kuning. Anak-anak mesti suka lah mi sanggul goreng basah ini. Tak pandang mi kuning dah lepas ni. Selamat mencuba!

Baca juga: Tip Masak Mee Goreng Sedap, Kena Tuang Sedikit BAHAN Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN