Isu terjumpa benda asing dalam makanan di kedai makan ini bukanlah satu perkara yang baru malah ada juga yang menjumpai ulat, lipas, tali mop, helaian rambut dan bermacam lagi.
Ini sekaligus mencetuskan tanda tanya ramai bagaimanakah tahap kebersihan sesetengah kedai makan? Apakah penyedia makanan langsung tidak menitik beratkan soal kebersihan?
Artikel berkaitan: Tak Nak Bebankan Ibu Bapa, Pelajar Perubatan Ini Sanggup Makan Sisa Makanan Orang
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemuda dan rakannya berkongsi pengalaman pahit ketika makan steamboat mencuri perhatian ramai.
Menerusi video tular dari South China Morning Post, difahamkan mereka sedang menjamu selera di sebuah kedai makan namun terkejut apabila menjumpai kain basuh pinggan dalam steamboat yang dipesan.
Pada awalnya, mereka mencari kedai makan kerana agak lapar setelah perlu bekerja lebih masa pada hari tersebut.
Mereka memesan steamboat untuk dua orang makan yang berjumlah CNY213 (RM339).
Sebaik saja makanan itu sampai, mereka pun membuka bekas makanan tersebut. Rakan Ning mengesyaki warna supnya kelihatan lain daripada sebelum ini. Dia kemudian menanyakan rakannya sama ada mereka tersalah pesan sup cili kepada sup tomato, namun rakannya menidakkan.
Selepas itu, dia cuba minum sup itu. Kemudian, apabila dikacau supnya itu, dia mendapati adanya tekstur berat yang berbulu di dalam supnya itu.
Tidak mahu berfikiran negetif, mereka menganggap ianya daging lembu namun setelah di keluarkan, mereka terkejut rupa-rupanya itu adalah kain basuh pinggan!
Sekadar info, kini pekerja berumur 19 tahun yang membuat kesilapan itu telah dipecat. Pekerja itu dipercayai tidak sihat pada hari tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui geli melihat perkara tersebut malah seakan tidak percaya perkara seperti itu berlaku
Antara komen netizen: