steamboat murah di puchong

Jika anda seorang ‘kaki’ steamboat, wajib cuba tempat makan steamboat murah di Puchong ini.

Dengan bajet RM30, tak perlu tunggu gaji kalau nak makan steamboat. Sekarang pun boleh pergi!

Baca juga: ‘Rating 10000/10!’ – Lelaki Ini Kongsi Kedai Makan ‘Wajib’ Pergi Bila Datang Shah Alam

Berbaloi bayar RM30

Sama seperti kedai steamboat lain, anda boleh pilih aneka sos mengikut cita rasa masing-masing.

Ada pelbagai jenis seafood dan daging yang boleh dipilih. Best kan? Unlimited pula tu.

Tapi jaga-jaga, ambil secukupnya saja ya. Kalau tak habis makan, rugi pula kan?

Selain seafood dan daging, kat sini pun ada aneka bebola seperti bebola isi ketam, sotong, ikan dan ayam. Hotdog dan fishcake pun ada!

Bila dah ambil semua bahan-bahan yang perlu, masa untuk masak!

steamboat murah di puchong

Kedai ini juga mempunyai pelbagai jenis mi segera, tinggal pilih je.

Kalau dah nama perut melayu, tak sah kalau tak makan nasi. Kedai ini juga menyajikan nasi goreng, mi kari dan bubur.

Ada air balang!

Aneka air juga disediakan. Apa yang unik, air disajikan di dalam balang. Tinggal cedok sendiri je, syok kan?

Malaya Steamboat & Grill Puchong Prima

steamboat murah di puchong

Steamboat murah di Puchong

Hujung minggu ni jom ajak satu keluarga makan Malaya Steamboat & Grill Puchong Prima. 

Nak belanja pun tak perlu fikir dua kali, sebab murah amat!

Lokasi: Lot 65089, Persiaran Puchong Prima, Taman Puchong Permai, 47500, Puchong, Selangor

Kredit: Twitter @Jomkitamy

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN