Masuk tahun baru pasti ada yang berazam untuk turunkan berat badan mereka pada tahun ini. Buat penggemar kopi, anda perlu mencuba resipi kopi rendah kalori ini.
Sebut pasal diet je mesti perlukan bajet yang banyak. Tapi lain pula untuk resipi ini. Anda dapat berjimat dan pada masa yang sama berat badan anda pun boleh berkurang.
Cara Buat Kopi Rendah Kalori Yang Murah
Bahan-bahan:
- 2 sudu serbuk kopi Wonda Premium Glass @ Wonda Gold Glass
- Air panas
- 250 ml susu low fat
Cara-cara:
- Letakkan 2 sudu serbuk kopi itu di dalam cawan.
- Kalau nak manis boleh letak Equal ke dalam serbuk kopi tersebut.
- Tuangkan sedikit air panas ke dalam cawan tersebut.
- Akhir sekali, tuang 250 ml susu low fat dan kacau sehingga sebati.
- Nak tambah ais pun boleh. Lagi sedap sebenarnya kalau letak ais ni.
Kalau anda nak lebih jimat boleh gunakan nescafe sahaja. Cuma kalau nescafe gold dia agak pricey sedikit. Jadi ikut bajet masing-masing.
Kredit: akmaltw
Baca juga:
Korang Pecinta Kopi? Kajian Mengatakan Kopi Dapat Kurangkan Risiko Kematian
Dipuji Sering Kongsi Menu Diet, Kali Ini Atikah Suhaimi Cipta Resipi Baru ‘Singgang Mat Salleh’