Seorang wanita di laman sosial Facebook berkongsikan resipi cocktail yogurt yang menjadi kegemaran anak-anaknya.
Sebelum ini biasa kita makan cocktail yang berkuah cair kan? Kalau ikut resipi ini, kuah dia pekat memang sedap sangat!
Jom lihat resipi di bawah hasil perkongsian oleh Anis Atokman.
CARA BUAT COCKTAIL YOGURT
Bahan-bahan:
- Serbuk jelly (saya guna yang amway 1 kotak, masak dan letak flavour strawberry)
- 2 tin cocktail buah (saya guna hosen)
2 bekas nata de coco (flavour ikut suka) - 2-3 scoop Aiskrim vanilla
- 2 tin susu cair
- 1L yogurt asli
- Susu pekat
Cara-cara:
1. Masak serbuk jelly ikut perasa kesukaan masing-masing, kemudian isi dalam bekas agak-agak 1/3. Biarkan sekejap sampai jelly membeku.
2. Tapis cocktail, asingkan kuah dan buah. (Jangan buang kuah)
3. Selepas jelly beku, boleh letak nata de coco. (tapis ambil isi saja), kemudian letak pula isi buah cocktail. Bila dah siap ketepikan dahulu.
4. Untuk buat kuah dia. Ambil baki air cocktail, masukkan susu cair, yogurt dan aiskrim. Kacau sebati. Kalau rasa pekat sangat, boleh campur air nata de coco sikit.
5. Kemudian masukkan susu pekat ikut kemanisan masing-masing (kepekatan kuah agak-agak, sebab nanti masuk peti dia akan makin pekat lagi)
6. Tak perlu masak dah kuah dia tapi kalau nak buat jual, untuk ketahanan boleh masak dulu susu cair, kemudin baru campur smua.
7. Kemudian boleh tuang dalam bekas yang telah diisi jelly, nata de coco dan buah cocktail. Masuk dalam peti sampai sejuk. Kemudian sedia untuk dimakan.
8. Anggaran boleh dapat 50 bekas size tu.
Kredit: Anis Atokman