sup ayam mamak style

Pernah dengar sup ayam mamak style? Mungkin ada antara anda suka makanan yang ada di kedai mamak tapi nak dapat rasa yang sesuai sangat susah.

Berdasarkan resipi yang dikongsi oleh Gaithri Cheran pasti lepas ni anda boleh hasilkan menu yang sama dengan kedai tersebut.

Resipi Sup Ayam Mamak Style Yang Superb

Bahan-bahan:

*Bahan ini perlu ditumbuk dan digoreng tanpa minyak

  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 2 sudu besar biji ketumbar
  • 2 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit

*Bahan digiling/diblend

  • 2 cm halia
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah (dihiris halus)
  • 2 ketul kiub ayam
  • 1 biji tomato
  • 2 biji kentang (potong dadu besar)
  • Carrot (potong dadu besar)
  • Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Bahan yang perlu digoreng tanpa minyak itu mesti masak selama 3 minit. Tunggu sehingga garing.sup ayam mamak style
  2. Selepas itu, tumbuk halus menggunakan batu penumbuk sehingga menjadi serbuk kasar.sup ayam mamak style
  3. End of result ditumbuk tadi. Kalau nak halus, boleh blend guna dry blender.sup ayam mamak style
  4. Letakkan 3 sudu besar minyak. Kemudian, masak bawang dengan bahan digiling tadi selama 3 minit sampai ia bertukar warna kuning keemasan.
  5. Masukkan ayam, kentang dan lobak merah. Kalau suka boleh letak tomato sekali.sup ayam mamak style
  6. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi dan masak bersama ayam selama 5 minit.
  7. Tambah air secukupnya, lebih kurang 1 liter. Gaul rata.
  8. Letak garam dan 2 ketul kiub ayam. Biarkan ia reneh dengan api sederhana. Proses ini akan mengambil masa 1 jam.sup ayam mamak style
  9. Finally, siap!

Baca juga:

Cara Buat Kari Kambing Style Mamak Tanpa Santan, Lagi Padu!

Resipi Mi Goreng Stail Mamak, Sekejap Dah Siap Masak Tapi Sedap Kemain!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN