tips simpan lauk frozen

Nak sediakan hidangan untuk keluarga bukanlah perkara yang mudah lagi-lagi pada waktu sahur ketika bulan Ramadan. Oleh itu, ramai yang memilih untuk memasak dengan kuantiti banyak dan buat stok frozen.

Bila nak sahur atau berbuka, tinggal keluarkan dari peti ais dan panaskan. Tapi anda kena tahu cara simpan dan cara panaskannya dengan betul supaya kualiti dan rasanya terjaga.

Jom kita ikuti panduan yang dikongsikan oleh ahli kimia, Dr. Fatimah Salim di bawah.

tips simpan lauk frozen

Menurut Dr. Fatimah Salim, beliau juga sering bekukan makanan. Bila keadaan mendesak, ada makanan frozen ini sebagai penyelamat.

Saya sendiri juga biasa bekukan makanan yang berlebihan termasuklah nasi, sup, lauk pauk dan sayuran. Bukan apa, saya juga suka dan rajin masak. Cuma ada masanya keadaan terdesak, kehabisan bahan mentah masakan atau meraikan sisi malas, makanan siap masak beku ini adalah penyelamat.

Boleh tahan 2-6 bulan

Makanan siap masak yang disejukbeku boleh bertahan 2 hingga 6 bulan bergantung kepada jenis bahan masakan dan keupayaan mengekalkan suhu peti sejuk. Nutrisi sedia ada juga kekal.

Selepas tempoh ini, stabiliti komponen masakan akan mula terganggu dan kualitinya akan berkurangan. Keadaan ini kita boleh dipastikan melalui pemerhatian sendiri apabila rupa, warna dan struktur makanan telah berubah daripada yang asal. Namun masih lagi selamat dimakan.

Kita harus faham yang makanan boleh basi atau rosak disebabkan aktiviti bakteria atau pertumbuhan kulat (aka kuman) dan tindakbalas kimia yang berlaku pada komponen makanan. Kuman ini boleh datang daripada udara, tangan dan peralatan yang digunakan dalam pengendalian makanan yang telah dimasak.

Pastikan makanan disejuk beku

Suhu sejuk dalam peti sejuk beku (air menjadi ais) akan merencatkan aktiviti kuman dan memperlahankan tindakbalas kimia dalam makanan, maka makanan akan tahan lebih lama.

Ketahuilah kebanyakkan jenis makanan siap masak atau mentah (termasuklah sayuran dan buah-buahan) boleh dibekukan untuk meningkatkan jangka hanyatnya. Pengekalan kualiti (terutamanya rupa dan tekstur) makanan yang dibekukan adalah bergantung kepada jenis makanan itu sendiri.

Tips untuk panaskan kembali lauk

  • Untuk mengekalkan kualiti, elakkan menyahbeku berulang kali makanan yang sama. Elok bungkus dan simpan dalam bekas cukup untuk sekali makan seperti tuan siaran ini lakukan.
  • Keluarkan makanan lebih awal untuk mengnyahbeku sebelum dipanaskan untuk mengekalkan struktur makanan.
  • Sedar diri dengan ruang peti sejuk beku untuk penyimpanan. Dan pastikan kandungan peti sejukbeku lebih teratur untuk mengelakkan cemaran silang antara makanan, terutamanya yang tidak memerlukan pemanasan seperti ais batu.

Sumber: Dr. Fatimah Salim

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN