Baru-baru ini tular isu halal makanan luar negara apabila Khairul Aming, seorang pempengaruh berkongsi kisahnya ketika mengembara di Paris dengan berkongsi videonya sedang menikmati croissant dan air coklat panas.
Perkara tersebut secara tak langsung telah menimbulkan persoalan segelintir netizen yang menyoal adakah makanan tersebut halal atau tidak.
Artikel berkaitan: Netizen Pertikai ‘Isu Halal’ Selepas Khairulaming Kongsi Video Makan Croissant Di Paris
Lelaki Tampil Jelaskan Maksud Halal
Susulan dari isu tersebut, seorang pengguna Twitter, Ezzar Ezzudin yang juga mempunyai pendidikan dalam bidang tulen syariah telah menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan halal supaya mudah difahami oleh netizen yang keliru.
Menurut Ezzat, memang ada betulnya bagi seseorang yang bergelar muslim dituntut untuk mendapatkan makanan dari sumber yang halal dan selari dengan dalil yang ditulis dalam Al-Quran dan hadith (riwayat Al-Bukhari: ayat 52)
Fahami Maksud Halal Yang Sebenar
Lelaki Ini Harap Dapat Bantu Jawab Kekeliruan Netizen
Jelasnya isu seperti ini sebenarnya sudah seringkali berlaku dan berharap apa yang dikongsikan olehnya ini dapat membantu segelintir masyarakat yang keliru atau sangsi.
Dia turut menegaskan bahawa orang ramai tidak perlu risau dengan apa yang dijelaskan kerana dia seorang yang berpendidikan tulen dan rasmi dalam aliran Syariah Muamalat dan bekerja dalam bidang yang sama.
“Saya sangat gembira jika ada peluang untuk berbincang secara ilmiah berkaitan fiqh dan syariah ini.
“Satu lagi, tak salah kalau nak tanya halal ke haram ke atau sebagainya, tapi tanyalah dengan penuh adab. Tiada tuntutan sebarang kos untuk seseorang menjadi beradab.”