Anda pernah makan nasi dengan maggi? Sedap juga bila kita campur dua jenis menu ini dalam satu pinggan. Perkara ini sering berlaku apabila tiba musim awal bulan dimana kita mesti lebih berjimat berbanding selalu.
Apa Yang Berlaku Sehingga Menyebabkan Video Itu Viral Di Tiktok?
Video yang dimuat naik oleh lookingforsinar3 itu meraih simpati warganet apabila kawan-kawannya terpaksa makan nasi putih kosong bersama maggi disebabkan mahu berjimat menggunakan saki baki gaji sebelum yang ada.
Maggi yang digunakan itu turut dikongsi oleh mereka berdua sebagai penambah perisa kepada nasi putih. Stok bahan mentah dalam peti ais juga tidak dapat ditambah dan menyebabkan mereka tiada lauk pauk untuk dimasak.
Warganet juga turut bersimpati dengan keadaan mereka
Tetapi ada juga yang mengatakan lauk yang mereka makan itu sangat sedap dan boleh membuka selera.
“Paling sedap ni makan nasi berlaukan mee..”
Baca juga:
Warganet Terpegun Lihat Pasar Ikan Di Qatar, Cantik Sampai Tertukar Dengan Hotel!