Pada zaman ekonomi yang kian mencabar kini, sesetengah orang sanggup mengikat perut dan berjimat dari pelbagai segi untuk menyimpan duit demi masa depan yang makin mencabar.
Malaysia merupakan antara destinasi negara pilihan kebanyakan warga luar seperti Indonesia, Bangladesh, Nepal lain-lain kerana kemakmuran dan mudahnya mencari rezeki di sini.
Makan nasi berlauk bawang dan cili, berjaya kumpul RM800, 000
Seperti yang dilakukan oleh seorang warga Bangladesh ini apabila dia hanya memakan nasi berlauk bawang dan cili. Namun, dia kelihatan makan dengan sangat berselera.
Dia berjaya mengumpul RM800, 000 di kampung. Tindakan itu rupanya demi memberikan kesenangan buat ahli keluarganya di kampung.
Menerusi akaun TikTok milik pokchek906, difahamkan rata-rata mengakui duit gaji yang diterima setiap bulan, 3/4 darinya telah dihantar ke kampung untuk kegunaan ahli keluarga.
@pokchek906 Nmpak kesian tapi duit kat kg mcm gunung #fyp #bangladesh #tiktokmalaysia #makan
Perkongsian itu telah membuatkan netizen berfikir betapa kerasnya hidup ini dan tabik dengan mereka yang gigih mencari rezeki kerana tidak ramai yang mampu berbuat seperti itu.
Bila ditanya sedap atau tidak, katanya sangat sedap. Asal perut kenyang saja katanya.
Melihat ke ruangan komen, netizen turut berseloroh akan meniru lauk tersebut bagi mendapatkan simpanan sebanyak itu juga.
Namun bila difikir semula, tidak logik dia berjaya mengumpul RM800, 000 kerana ia bukan hal yang mudah. Mungkin dia melakukan kerja leboh masa (OT) yang boleh mencecah pendapatan sebanyak RM7000-RM8000 sebulan.
Ada juga yang berkata, mungkin lelaki Bangla ini keliru dengan RM80, 000 dengan RM800, 000.
Sumber: TikTok pokchek906