ayam goreng korea

Teringin makan ayam goreng korea yang sedap? Bila buat ayam ni dekat rumah pasti korang boleh makan bertambah-tambah.

Resipi yang dikongsi oleh Adnan Bin Mat Abu ni sangat mudah untuk disediakan. Bahan-bahan yang digunakan pun ‘simple’ sahaja.

Resipi Ayam Goreng Spicy Lazat

Bahan-bahan:

ayam goreng korea

  • Bawang putih
  • Halia
  • Tepung gandum
  • Tepung jagung
  • Bijan putih
  • Sos korea
  • Serbuk perasa

Cara-cara:

  1. Ayam diperap selama 1/2 jam dengan halia dan bawang putih ditumbuk halus.ayam goreng korea
  2. Tambahkan serbuk perasa bagi menggantikan garam dan perasa.
  3. Setelah diperap, ayam digaul dalam bancuhan kering secawan tepung jagung yang digaul dengan 2 sudu tepung gandum.
  4. Pastikan ayam disalut dengan tepung sepenuhnya.ayam goreng korea
  5. Goreng kali pertama rehatkan selama 3 minit.
  6. Goreng kali kedua hingga garing.ayam goreng korea
  7. Untuk sos, 3 ulas bawang putih dihiris halus dan ditumis hingga keperangan.
  8. Masukan sedikit air dan masukan sesudu serbuk cili. Gaul rata.
  9. Masukan 2 paket sos korea.
  10. Tambahkan sesudu besar madu dan perahkan sedikit lemon.
  11. Masukan ayam yang digoreng tadi.
  12. Gaul hingga semua ayam disaluti sos.ayam goreng korea
  13. Taburkan bijan.ayam goreng korea

Dah siap. Selamat mencuba!

Baca juga:

5 Restoran Korea Sedap Di Sekitar KL, Tak Perlu Was-Was Sebab Dijamin Halal

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN