Resepi sendiri. Kegemaran keluarga.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tauhu Ku Sumbat

Resepi sendiri. Kegemaran keluarga.

BAHAN-BAHAN

  • Untuk Tauhu
  • 5 keping tauhu (dipotong dua)
  • Sedikit hirisan daging ayam
  • 8 ekor udang saiz sederhana
  • 1/2 batang carrot
  • 2 helai daun sup
  • Sedikit lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Untuk Kuah Kacang
  • 1 cawan kacang tanah
  • 6 tangkat cili kering (kalau nak pedas tambah lah lagi)
  • 1 biji bawang besar
  • Air asam jawa
  • 2 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa
  • Bahan untuk celup tauhu sebelum digoreng
  • 2 sudu tepung gandum + sedikit garam + 1/4 cawan air (bancuh sebati)
  • Serbuk roti
CARA PENYEDIAAN
  • Tauhu dipotong dua dan goreng. Kalau menggunakan tauhu yang telah siap digoreng, tak perlulah goreng lagi. Disini kak ogy gunakan tauhu putih yang belum digoreng, jadi kena lah goreng dulu.
  • Sejukkan tauhu. Sementara itu boleh lah sediakan bahan untuk sumbat. Carrot dipotong mancis. Isi ayam dan udang dihiris nipis. Daun sup dipotong halus. Campurkan lada sulah dan garam. Gaulkan.
  • Korek isi tauhu. Senang gunakan garpu. Campurkan kedalam bahan sumbat dan gaul sebati.
  • Sumbatkan bahan kedalam kulit tauhu.
  • Panaskan minyak. Tauhu yang telah disumbat, celupkan dengan cairan tepung. Celup pada bahagian terbuka /mulut tauhu dahulu kemudian golekkan dengan serbuk roti dan goreng. Masa goreng, hadapkan mulut tauhu kedasar kuali. Ini untuk mengelakkan isi tauhu terkeluar. Jangan asik balikkan2 tauhu. Goreng sebelah bahagian sehingga kekuningan baru diterbalikkan.
  • Untuk Kuah Kacang
  • Gorengkan bawang besar, cili kering dan kacang tanah sehingga garing.
  • Masukkan kedalam blender. Tambahkan garam, gula dan air asam jawa. Blend hingga hancur. Kalau pekat bolehlah tambah air.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN