ayam goreng kari

Jika anda suka makanan yang berempah, wajib cuba resipi ayam goreng kari ini.

Sekali cuba pasti akan teringat-ingat. Sangat sedap dan membuka selera.

Satu lauk ini pun dah cukup, makan dengan nasi panas-panas memang umphh!

Saudari Noreen Elaine ada berkongsikan resipinya di bawah. Selamat mencuba.

RESIPI AYAM GORENG KARI

Bahan-bahan:

  • Ayam secukupnya – dipotong dadu
  • 1-2 biji bawang merah – potong dadu/cincang
  • 2 sudu makan sos tiram
  • Hirisan cili hijau secukupnya

Bahan perapan:

  • 5 sudu makan serbuk cili
  • 3 sudu makan serbuk kari
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Cili hijau secukupnya
  • Bawang putih secukupnya
  • Halia secukupnya
  • Serbuk perasa secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara memasak:

1. Bersihkan ayam, potong kecil dan gaulkan bersama bahan-bahan perapan sehingga rata. Biarkan selama ½ jam.

2. Dalam kuali, panaskan minyak masak sedikit banyak. Masukkan bawang merah yang dicincang. Tumis hingga kekuningan.

3. Kemudian masukkan ayam yang telah diperap tadi. Gaulkan supaya ayam masak dengan sekata.

4. Bila ayam kelihatan masak, masukkan sos tiram dan hirisan cili hijau. Gaul lagi sehingga semua bahan sempurna dan cukup rasa.

5. Sedia untuk dinikmati.

Kredit: Noreen Elaine

Baca juga: Ini Cara Nak Ayam Rangup Tanpa Minyak Guna Air Fryer, Memang Menjadi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN