Kek Buah yang simple dan sedap
Resepi dari seorang kawan

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Buah

Kek Buah yang simple dan sedap
Resepi dari seorang kawan

BAHAN-BAHAN

  • 1 tin butter churn (cap tong)
  • 75gm butter
  • 1 tin gula castor (gunakan tin butter churn untuk menyukat)
  • 2 tin tepung gandum
  • 10 biji telur saiz A
  • 1/2 cawan susu cair / 2 sudu makan susu pekat
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu makan baking powder
  • 1 paket prune (anggaran 227gm)
  • 1 kotak mix fruit (anggaran 220gm)
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan buah prune dalam periuk. Tambahkan air anggaran tengelam buah prune. Jerangkan diatas api. Kacau sambil lenyek-lenyekkan buah prune. Masak sehingga air kering. Sejukkan.
  • Pukul butter churn, butter dan gula castor sehingga kembang. Jangan terlalu creamy sebab nanti buah-buah kering akan jatuh ke dasar kek.
  • Masukkan telur satu persatu sambil pukul adunan perlahan-lahan.
  • Masukkan susu, buah prune yang telah dilenyek dan esen vanilla.
  • Ayak tepung gandum dengan baking powder. Ambil sedikit tepung dan gaulkan dengan buah-buahan kering.
  • Masukkan tepung dan buah-buahan kering kedalam adunan berselang seli sambil gaul perlahan.
  • Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 45 minit kemudian turunkan suhu 120C dan bakar lagi selama 20 minit.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN