my version..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pasembor

my version..

BAHAN-BAHAN

  • **Bahan cucur udang**
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan udang
  • 2 biji bawang kecil
  • 1 sudu besar cili boh
  • garam
  • air untuk bancuh tepung
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder
  • **Bahan cucur kelapa**
  • 1 cawan tepung gamdum
  • 3/4 cawan kelapa (saya guna kelapa kering jerr)
  • garam
  • air untuk membancuh
  • **Bahan kuah**
  • 1 biji keledek sederhana besar (direbus hingga empuk)
  • 2-3 biji bawang kecil
  • 1 sudu besar cili boh (terpulang pada citarasa masing2 kalau nak pedas)
  • Sedikit kicap
  • Air untuk kuah
  • 1/2 cawan kacang tumbuk
  • minyak untuk menumis
  • gula merah & garam secukup rasa
  • **Bahan lain**
  • 3 biji kentang sederhana besar
  • 4 biji telur
  • 4 keping tauhu
  • 1 biji timun
  • 1 biji sengkuang
  • sedikit taugeh
  • Minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan kulit kentang kemudian rebus kentang bersama kulitnya sehingga empuk. Kemudian goreng kentang tersebut bulat2 sehingga kekuningan (tak payah potong2).
  • Telur direbus (hard boil), kemudian buang kulit & digoreng bulat2 sehingga kekuningan.
  • Tauhu digoreng sehingga kekuningan.
  • Sediakan cucur udang. Gaulkan semua bahan cucur udang. Bancuhan seperti nak buat cekodok. Kemudian goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan/ masak.
  • Sediakan cucur kelapa. Satukan semua bahan. Bancuhan jgn lembik sangat, agak2 boleh kepal. Buat bentuk seperti dalam gambar, kemudian goreng sehingga kekuningan/ masak.
  • Sediakan kuah. Tumis bawang sehingga wangi, masukkan cili. Blend keledek dengan air, kemudian masukkan dalam tumisan. Masukkan juga Kacang, garam & gula. Masukkan juga sedikit kicap (just nak bagi color jerr). Masak hingga mendidih. Kalau nak pekat, boleh letak lebih keledek
  • Cara nak hidang, potong semua bahan2 yang telah digoreng tadi. Timun & sengkuang dihiris. Gaulkan semuanya. Taugeh dicelur sedikit. Tuangkan kuah ke atasnya.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN