Pencicah istimewa orang jawa!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sambal Pecal

Pencicah istimewa orang jawa!

BAHAN-BAHAN

  • 300 gm kacang tanah
  • 10 biji bawang merah
  • 10 biji bawang putih
  • 6 biji cekur @ kencur
  • 30 gm asam jawa
  • 1 1/2 inci persegi (@ sebesar ibu jari) belacan
  • 100 gm cili api
  • 150 gm gula
  • 1 sudu besar (rata) garam @ secukup rasa pilihan masing-masing
  • Minyak masak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Terlebih dahulu : Goreng kacang tanah sehingga keemasan (betul-betul masak) dah kisar sehingga benar-benar halus. Ketepikan dahulu
  • Goreng pula asam jawa bersama belacan sehingga belacan masak. Angkat dan ketepikan
  • Sekali lagi, goreng pula cili api, cekur, bawang putih dan bawang merah sehingga layu. Angkat dan ketepikan
  • Selain kacang tanah, tumbuk kesemua bahan yang digoreng tadi bersama-sama gula dan garam sehingga halus dan sekata. (Jgn lupa! Buang terlebih dahulu biji asam jawa)
  • Gaulkan kesemua bahan ini bersama kacang tanah yang telah dikisar tadi sehingga keluar minyak (berkilat)
  • Ambil sebahagian adunan dan bancuh bersama air 3/4 panas. (Air bergantung kepada kepekatan pencicah yang diinginkan. Tp, kalau cair, rasanya kurang dan begitulah sebaliknya)
  • Akhir sekali, simpan adunan selebihnya ke dalam bekas kedap udara dan tempatkan di tempat sejuk tp kering (peti ais ler). Boleh dikeluarkan bila-bila masa untuk bancuhan seterusnya.
  • TIPS: Sambal pecal ini biasanya untuk dicicah dengan sebarang ulam-ulaman seperti timun, pucuk ubi rebus dan kacang panjang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN