peti ais

Peti ais anda selalu bersepah? Selalu kemas pon jadi benda sama. Kadang-kadang nak capai barang pon susah, lepastu peti ais akan bersepah balik.

Korang pernah terfikir tak kenapa bil api selalu melonjak tinggi? Lepastu peti ais selalu tak sejuk. Ha sebabnya adalah banyak makanan yang tak bertutup di dalam peti ais tu. Jadi fasz.nadiah ada tipsnya supaya peti ais korang lebih teratur dari sebelum ni.

peti ais

Tips Kekalkan Peti Ais Sejuk & Tersusun

  1. Simpan barang dalam bekas tertutup. Makanan yang terdedah akan meningkatkan kelembapan peti ais. Asingkan barang mengikut kategori agar peti nampak lebih teratur.
  2. Label semua barang. Labelkan barang supaya tidak kelirukan diri sendiri masa nak masak nanti.
  3. Buang makanan yang dah expired. Jangan biarkan makanan yang dah tamat tempoh sampai naik kulat.
  4. Bekas pilih 1 atau 2 tema warna. Tak salah nak guna bekas berwarna-warni. Tapi lebih elok jika guna 1-2 warna supaya peti tampak lebih kemas.
  5. Kebersihan berkala. Bersihkan peti ais secara berkala sekurang-kurangnya 1 bulan sekali untuk kekal kemas.

Dah ikut semua tips pasti peti ais korang tak bersepah lagi. Untuk lebih info tentang tips lain jangan lupa follow nad.

peti ais

Baca juga:

Lelaki Ini Kongsi Tips Simpan Makanan, Sure Tak Senang Basi Punyalah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN