Setiap kali lepas masak mesti korang akan nampak kerak kuali kan? Asyik guna berus dawai je nanti rosak la kuali tu. Korang kena cuba cara yang lebih mudah untuk tanggalkan kerak tersebut. Tak perlu penat-penat nak sental lepas ni.

Yang paling menarik, korang tak perlu nak sakitkan tangan sental lepas ni. Jamin berkilat la kuali korang tu. Jadi tunggu apa lagi, jom tengok tips yang dikongsikan Cik JulesPitch ini.

Tips Tanggalkan Kerak Kuali Dengan Mudah

  • Letak air ikut berapa banyak kerak yang ada.

kerak kuali

  • Letak 1 sudu besar serbuk sabun baju.

kerak kuali

  • Nyalakan api dan biarkan ia merebus.
  • Selepas beberapa minit, tapiskan air tersebut. Anda akan lihat kerak yang banyak telah hilang dan hanya tinggal sedikit sisa kerak itu.

kerak kuali

  • Cuci macam biasa menggunakan span basuh pinggan dan kuali anda kelihatan berkilat seperti baru dibeli.

Mudah sajakan. Jadi lepas ni tak payah pening-pening untuk hilangkan kerak tersebut. Selamat mencuba.

Baca juga:

5 Tips Jimat Beli Barang Dapur Setiap Bulan Agar Tak Lari Bajet

5 Cara Menyimpan Durian Agar Tahan Lama Dan Tetap Sedap

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending