Siapa dekat sini penggemar masakan Cina? Apa kata kita cuba resipi Ayam Lemon yang sedap ini.
Hidangan ini menggunakan buah lemon dan ayam sebagai bahan utama. Memang sesuai digandingkan dengan sayur salad dan sup kosong.
Baca juga: Ayam Goreng Rangup, Hanya Guna 2 Bahan Ini Untuk ‘Crispy’ Ala KFC
Kebiasaanya untuk lauk ini, ayam akan digoreng menggunakan tepung gandum dan telur sebelum disiram dengan kuah sos lemon. Barulah kerangupan ayam tu masih ada.
Apa kata kita tengok dulu resipi dari perkongsian Noor Syakilla Hassan ini. Sekali sekala tukar selera apa salahnya. Anak-anak pun suka kalau kita bereksperimen dengan makanan.
Resipi Ayam Lemon
Bahan Perap:
- 2 dada ayam – bersih dan keringkan
- 3 sudu besar tepung jagung
- 1/2 sdk garam
- 1/2 sdk minyak bijan
- 1 biji telur
- Sedikit lada hitam
Bahan Salut:
- 5 sdb tepung
- 5 sdb breadcrumbs
Bahan Sos Lemon:
- 1 sdb sos plum
- 3 1/2 sdb jus lemon
- 2 sdb cuka
- 4 sdb gula
- 2 sdk tepung jagung
- Minyak secukupnya
Cara memasak:
1. Perap ayam selama minimun 2 jam atau semalaman.
2. Kemudian, salutkan ayam perap dengan bahan salut dan goreng hingga kekuningan dan garing. Angkat dan ketepikan.
3. Potongkan ayam dan letak di atas pinggan hidangan.
4. Untuk sos lemon pula, buka api sederhan dan campur ke semua bahan sos dan biarkan ia mendidih hingga pekat.
5. Selepas itu, tutup api dan boleh curah ke atas ayam tadi dan sudah boleh dihidang.
Kekadang bosan juga makan masakan yang hampir sama setiap hari. Anak-anak nak makan pun mudah sebab lauk dihidang tidak bertulang.
Selamat mencuba!