Seperti yang kita tahu, kulit telur ni banyak khasiatnya. Sebelum ni kita selalu dengar pasal osmocotekan.
Sekarang, baja kulit telur pon sangat baik untuk tanaman. Sesuai untuk wanita-wanita yang suka bercucuk-tanam ni.
Antara kebaikan kulit telur:
- Kulit telur kaya dengan kalsium yang berubah menjadi kalsium karbonat dan berfungsi meningkatkan pertumbuhan tanaman.
- Kalsium penting untuk membina ‘tulang’ yang sihat pada dinding sel tumbuhan.
- Kajian menunjukkan bahawa kalsium dari kulit telur boleh mengurangkan keasidan tanah dan menjadikannya medium yang baik untuk pertumbuhan optimum bagi tanaman.
- Kalsium tambahan dapat membantu mencegah blossom-end rot
- Baja kulit telur sangat sesuai untuk tanaman kerana ia adalah salah satu bahan mesra alam yang tidak mengandungi kesan berbahaya kepada alam sekitar seperti sesetengah baja kimia.
Cara-cara membuat baja menggunakan kulit telur:
- Kulit telur dikeringkan.
- Hancurkan. Boleh pecah-pecah guna tangan. Tak sakit pun.
- Sangai sampai kekuningan.
- Tumbuk sampai hancur boleh juga guna blender. Lisha suka tumbuk guna batu tumbuk ala-ala perempuan melayu terakhir.
- Final result. Nak hancur lagi pun takde masalah kalau blend lagi halus. Mana-mana you all senang dan selesa.
- Tabur atas medium atau gaul dalam medium pon boleh.
- Ini contoh diblend ye.
Kredit : Dalisha Xavier
Baca juga:
Tips Hilangkan Periuk Hangit & Berkerak. Guna 2 Bahan Je, Periuk Kembali Berkilat!