Asian Academy Creative Awards 2022

Rangkaian Televisyen Media Prima (RTMP) mengungguli tiga anugerah pada peringkat nasional Asian Academy Creative Awards (AACA) 2022 yang telah diumumkan baru-baru ini menerusi Tinta Syurga (TV3), 999 ‘Jenayah Banjir’ (TV3) dan ‘My Dream, My Wish’ (8TV). 

Tinta Syurga, Asian Academy Creative Award 2022

Dokumentari istimewa Nuzul Al-Quran yang bertajuk Tinta Syurga telah diumumkan sebagai pemenang anugerah Asian Academy Creative Award 2022 di bawah kategori Best Documentary Programme (One-Off). Tinta Syurga juga telah tercalon dalam kategori Goddess of Creativity Award. Tinta Syurga adalah sebuah dokumentari menceritakan tentang misi menghasilkan mushaf (naskhah Al-quran bertulis tangan) untuk percetakan Al-Quran di Malaysia. Sebelum Al-Quran dicetak, kerja-kerja penyalinan Al-Quran dilakukan secara manual dengan tangan menulis di atas manuskrip bersaiz A1. 

999, Best Current Affairs Programme

Program yang mengisahkan tentang jenayah, 999 telah memenangi anugerah Best Current Affairs Programme or Series di Asian Academy Creative Award 2022. Program 999 menerusi episod ‘Jenayah Banjir’ berjaya meraih perhatian ramai dengan paparan kejadian-kejadian jenayah yang berlaku ketika banjir besar melanda Taman Sri Muda, Shah Alam pada akhir tahun lalu. Beberapa premis telah dipecah masuk dan ada juga cubaan merompak mesin ATM sekaligus menyebabkan banyak kerosakan harta benda sekitar tempat kejadian. Di dalam kesempitan ini juga ada yang mengambil kesempatan atas mangsa-mangsa banjir dengan melarikan kereta yang terkandas dalam banjir di samping pelbagai kejadian lain yang berlaku ketika banjir teruk melanda di kawasan yang tidak dijangka ini.

“My Dream, My Wish”, Best Single Drama/Telemovie/Anthology Episode

Manakala, “My Dream, My Wish”, terbitan 8TV turut meraih anugerah Best Single Drama/Telemovie/Anthology Episode. Telefilem ini mengisahkan tentang seorang graduan bernama Chang Yong yang menganggur ketika pandemik dan berazam untuk memenuhi hasrat terakhir bapanya dengan menceburi perniagaan membuat pau yang dimiliki oleh keluarganya. Sepanjang pengalaman dan perjalanan dengan mendiang ayahnya yang masih muncul dalam dunia realiti, Chang Yong belajar bagaimana untuk menjadi orang yang lebih bertanggungjawab dan mendekatkan diri dengan ibu dan kakaknya.

Tahniah kepada penerbitan krew Tinta Syurga (TV3), 999 ‘Jenayah Banjir’ (TV3) dan ‘My Dream, My Wish’ (8TV) yang berjaya mewakili Malaysia pada peringkat nasional Asian Academy Creative Awards (AACA) 2022. 

Layak bersaing dengan lebih 10 buah negara Asia Pasifik

Secara tidak langsung, kemenangan ini terus melayakkan Rangkaian Televisyen Media Prima untuk bersaing dengan program-program dari lebih 10 buah negara Asia Pasifik pada malam Grand Awards and Gala Finals yang bakal diadakan pada 7 dan 8 Disember ini di Singapura.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN