Masakan “all in one” x susah pun.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Sambal Lengkuas Bonda
Masakan “all in one” x susah pun.
BAHAN-BAHAN
- 1 Mangkuk Lengkuas Muda (di hiris)
- 1 Biji Kelapa (di parut dan ambil isi putih jgn ambil sampai ke bhg kulit)
- 2 Genggam Ikan Bilis
- 6 Inci Kunyit Hidup
- 20 Biji Cili Padi
- 4 Ulas Bawang Kecil
- 3 Keping Asam Keping
- 1.5L Air
- 2 Cmb Garam Kasar
- Garam dan Gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
- Tumbuk kunyit bersama 1 cmb garam kasar sehingga lumat.
- Masukkan pula cili padi,bawang kecil dan 1 cmb garam kasar dan tumbuk bersama dengan kunyit tadi sehingga lumat.
- Masukkan bhn yg telah ditumbuk tadi bersama kelapa parut, lengkuas yang dihiris, ikan bilis, asam keping dan air ke dalam kuali.
- Masak sambal itu dengan menggunakan api sederhana.
- Masukkan garam dan gula mengikut citarasa masing2 semasa sambal itu masih berair.
- Kacau sambal itu sentiasa dan apabila hampir kering kecilkan api dan kacau sentiasa bagi mengelakkan drp hangus.
- Apabila kelapa/sambal itu sudah betul2 kering (tidak berair lagi), tutup api dan hidangkan.
- Makan bersama nasi putih panas ataupun pulut. Tidak perlu buat lauk lain sebab sambal tu lengkap kesemuanya hehehe.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.