Resepi dari biras, sedap dan senang untuk membuatnya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Soto Madura

Resepi dari biras, sedap dan senang untuk membuatnya.

BAHAN-BAHAN

  • Seekor ayam – dipotong kecil-kecil
  • 1 1/2 biji kelapa – diambil santannya
  • ½ biji kelapa – dibuat kerisik
  • 3 batang serai – dititik
  • Rempah ratus secukupnya – untuk menumis (kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • ½ sudu besar serbuk jintan manis
  • 6 ulas bawang merah (*)
  • 6 ulas bawang putih (*)
  • 1 inci kunyit hidup (*)
  • 1 inci halia (*)
  • Lain2 bahan yang diperlukan :
  • Sambal kicap
  • Hirisan timun pusing
  • Nasi impit secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar bahan2 bertanda (*) hingga lumat.
  • Panaskan minyak dalam periuk untuk menumis. Tumis rempah ratus hingga kekuningan. Masukkan bahan2 yang telah dikisar, jintan manis dan ketumbar.
  • Tumis hingga naik bau. Masukkan serai yang telah dititik dan ayam.
  • Gaulkan ayam bersama2 bahan tumis supayan mesra dalam lebih kurang 5 minit.
  • Kemudian masukkan kerisik dan santan. Masak hingga mendidih.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Siap untuk dihidangkan.
  • *** Hidangkan bersama nasi impit, sambal kicap dan timun pusing

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN