Barang dah naik harga, roti pun naik sekali. Zaman pun dah maju, jadi masing-masing mampu nak beli breadmaker di talian untuk buat sendiri roti sisir ala gardenia.
Bila semua barang naik, ramai yang belajar buat roti secara homemade. Rasanya dah boleh guna resipi ini untuk asah skill buat roti dirumah.
Baca juga: Hilang 32KG, Wanita Kongsi 8 Idea Menu Diet Yang Berasaskan Roti
Mudah dan tak renyah cara penyediaanya. Roti yang dimasak sendiri ni lebih baik dari beli diluar. Terjamin kebersihannya dan boleh dikawal bahan pengawet yang digunakan. Roti sisir ini juga boleh dimakan dengan apa saja jenis manisan.
Jom ikuti perkongsian resipi dari Neny Lai Han ini. Untuk mendapatkan tekstur yang lembut pada roti, ada tekniknya. Antaranya ialah adunan roti mestilah diperap lama dan diperap beberapa kali selepas dibuang anginnya.
Resipi Roti Sisir / Roti Balok Homemade
Bahan A:
- 1 paket yis kering
- 2 sudu susu pekat
- 1 cawan air suam
- 2 sudu gula
Bahan B
- 4 cawan tepung gandum
- 2 sudu marjerin
- 2 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh dough softener
- 1 biji telur dari peti*
Cara penyediaan:
1. Campurkan bahan A dan biarkan kembang seketika.
2. Satukan bahan B kecuali telur. Ramas sehingga jadi macam serbuk roti.
3. Kemudian, campurkan yis tadi dan pecahkan sebiji telur. Gaul rata.
4. Rehatkan doh sehingga kembang. Kemudian, tumbuk bagi keluarkan angin biar kejap untuk kembang kali kedua dan tumbuk lagi keluarkan anginnya.
5. Seterusnya, uli sekadar tak melekat pada tangan.
6. Bulatkan doh besar ikut suka atau boleh timbang. Gelek ketebalan ikut suka lipat dua dan susun rapat-rapat dalam loyang roti. Ulang buat hingga loyang penuh.
7. Rehatkan doh sehingga kembang. Sementara tu panaskan oven guna suhu 170C selama 10 minit atau ikut oven masing-masing.
8. Sapukan permukaan doh roti dengan campuran sebiji kuning telur yang dicampurkan dengan 2 tbsp fresh milk yang dikacau rata.
9. Kemudian, bakar menggunakan api atas bawah guna suhu 170C selama 25 minit atau sehingga masak.
10. Rehatkan kejap roti dalam oven baru keluarkan. Terbalikkan sekejap kemudian griskan dengan marjerin bagi roti cantik glowing.
11. Dah boleh potong sedikit nipis ala roti gardenia.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!