Bukan isu yang baru kita dengar mengenai bendasing yang ada di dalam makanan yang dibungkus lagi-lagi ubat stapler kerana ianya sering digunakan pada bungkusan makanan.
Biasanya, hanya satu dakwat stapler sahaja itupun kerana termasuk dalam makanan selepas kita buka bungkusan.
Jumpa Ubat Stapler Dalam Makanan
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pelanggan menemui sepapan dakwat stapler di dalam makanan mencuri perhatian ramai.
Menerusi posting yang dimuat naik oleh Halimah Jais menerusi grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ini, alangkah terkejutnya apabila pelanggan tersebut menemui sepapan ubat stapler berbentuk segi empat tepat yang diperbuat daripada logam.
Difahamkan wanita tersebut sudah memberitahu peniaga secara privasi namun tidak diendahkan orang peniaga itu. Malah peniaga itu juga tidak meminta maaf dan mengambil peduli dengan apa yang berlaku.
Bagaimanapun, perkongsian berkenaan mengundang pelbagai reaksi daripada warganet. Rata-ratanya berpendapat bahawa mungkin pembuat kuih berkenaan tidak perasan objek berkenaan masuk ke dalam makanan terbabit.
Malah, ada juga di antara mereka meluahkan rasa bimbang jika ada pelanggan yang termakan dawai stapler tersebut.