Merokok membawa padah. Sesuai sangat dengan situasi lelaki ini apabila teman wanitanya mungkin ‘fed up’ dengan dia yang suka menghisap rokok.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita yang menggoreng rokok milik teman lelakinya.
Video yang dimuat naik di akaun TikTok @ivnasrg itu ditemani dengan kapsyen “Masakkan sesuatu yang digemari oleh teman lelaki”
Baca juga: Bosan Makanan Tak Sedap, Banduan Ini Buka TikTok Masakan Dari Penjara
Video yang berdurasi 33 saat itu dapat dilihar wanita berkenaan mengambil rokok dari sebuah beg pasangannya.
Video Penuh:
@ivnasrg dia senang sekali bukan🥰
Dia kemudiannya mencelupkan rokok tersebut di dalam adunan bercampur tepung sebelum menggoreng rokok tersebut.
Setelah siap digoreng, dia kemudiannya menghidangkan ‘rokok celup tepung’ di atas pinggan beserta sos pencicah.
Pasangannya dilihat agak teruja untuk makan namun bila digigit, rupanya bukan makanan tetapi rokok kesayangannya.
Video itu telah mendapat pelbagai rekasi dari netizen bukan sahaja di Indonesia malah juga Malaysia.
Ada netizen yang menyokong wanita tersebut dan ada juga yang menyelarnya sebagai satu pembaziran.
Ada juga lelaki yang berharap agar video tersebut tidak akan lalu di FYP TikTok isterinya sebab takut isteri mereka akan buat perkara yang sama pada rokok mereka.
Tahu pun takut. LOL