telur mata kerbau

Bila tengah lapar, pekena telur goreng dengan nasi pun dah cukup sedap. Tapi sebenarnya nak goreng telur mata kerbau ada caranya, barulah boleh dapat kuningnya yang cantik dan sempurna.

Seorang lelaki bernama Wan Luqman ini kerjanya sebagai tukang goreng telur berkongsikan tip dan cara yang betul untuk menghasilkan telur mata kerbau yang elok rupanya.

Jom sama-sama baca perkongsiannya di bawah..

Tips Goreng Telur Mata Kerbau

1. Guna kuali kecil dan ke dalam sedikit lengkuknya. Sebab telur putih akan membaluti telur kuning tu sikit dan telur tu tak merebak ikut saiz kuali.

2. Minyak kena lebih supaya dia akan tenggelam biar rata. Pecahkan telur dalam mangkuk kecil dahulu, jangan terus pecahkan ke dalam kuali. Jangan risau, kita toss dulu atas sudip bagi minyak tu meleleh jatuh selepas goreng, jangan angkat ke pinggan terus. Bila keliling putih dah mula garing sedikit, kemudian boleh di angkat.

3. Guna telur saiz D ataupun E. Ianya lebih afdal. Selalu kita order kat kedai, bila mintak telur mata, dibaginya telur mata jin mata satu, telur mata buta sebelah dan paling teruk telur mata dajal, musibah namanya tu.

Bila telur macam ini. Kuning-kuning tu samada cair atau separa cair. Baru berselera.

Kredit: Wan Luqman

Baca juga:

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN