Pembelian di pasar raya sering kali dengan konsep ‘pilih dan timbang kemudian bayar’.
Namun, ada sesetengah individu yang mengambil kesempatan dengan menggunakan pelbagai cara untuk mengurangkan timbangkan barangan yang ingin dibeli.
Kupas Kulit Bawang Sebelum Masuk Plastik
Begitulah perkongsian @milonurli_ di TikTok yang menerima kecaman orang ramai gara-gara sikapnya yang disifatkan mementingkan diri serta menganiaya pelanggan dan pekerja pasar raya.
Dalam video tersebut difahamkan wanita tersebut mengopek labu bawang putih sebelum dimasukkan ke dalam plastik. Tidak pasti apa niatnya yang sebenar, mungkin mahu mengurangkan timbangan berat atau mahu memilih bawang yang tidak rosak.
Susulan sikapnya itu, ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati, namun dibalas dengan jawapan agak kurang senang dari empunya video.
@milonurli_ Makcik bawang datang lagi 😖
Meninjau ruangan komen, ramai yang berpendapat sama bahawa tindakan dan sikap sebegini hanya menyusahkan ramai pihak selain dari mementingkan diri sendiri.