nasi basmathi

Rupanya rendam beras basmathi sekejap dengan garam, hasilnya nasi lembut elok masak sekata dan cantik berderai.

Bukan apa, walaupun guna beras basmathi, jika tak kena cara masaknya, beras boleh patah, nasi jadi lembik dan sebagainya. Cara ini sesuai nak masak nasi biasa ataupun nasi berperisa.

Baca juga: Nasi Terjelantah? Wanita Ini Kongsi Petua ‘Repair’ Balik, Jangan Buang Terus!

Boleh ikut cara dan petua yang dikongsikan oleh Faizah Md Zain ini sebagai panduan.

Cara-caranya:

1. Rendam Beras Dengan Garam

Basuh beras bersih dan rendam 20 minit dalam air yang diletakkan dengan garam sedikit. (petua ni saya ikut dari guru lama saya untuk bagi nasi kita berderai dan lembut).

2. Sukatan Air

Sukatan air nisbah 1 cawan beras bersamaan 1 cawan 1/2 air (1/2 tu susu atau santan) bergantung nasi apa yang nak masak.

3. Didihkan Air

Untuk memasak nasi, didihkan dulu air baru masukkan beras.

4. Kacau Beras Semasa Air Banyak

Kacau beras semasa air masih banyak, jika dah kering elok kacau sekali je untuk mengelakkan beras kita patah.

5. Tunggu Air Kering Baru Warnakan Nasi

Untuk mewarnakan nasi tunggu air kering baru titiskan pewarna dan biarkan sekejap baru kacau.

6. Masukkan Butter

Untuk nasi-nasi yang akak masak untuk tempahan last sekali akak akan letak dua sudu butter.( Cara akak le).

Semoga bermanfaat!

Selamat Mencuba.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN