Minyak masak merupakan salah satu bahan yang wajib ada di dapur rumah anda untuk tujuan menggoreng atau menumis bahan masakan. Biasanya, lepas kita menggunakan minyak untuk menggoreng, lebihan minyak tersebut pasti akan dibuang bukan?
Namun, ramai yang tak tahu sebenarnya sisa minyak masak tersebut boleh dijual semula kepada Kitar Semula Minyak Terpakai (KISMAT) yang digerakkan oleh Majlis Perbandaran Sepang.
Menerusi perkongsian MPS di laman Facebook miliknya, mereka sedia membeli minyak masak tersebut dengan harga RM3/KG. Minyak masak terpakai ini akan diproses untuk dijadikan BIODIESE.
Namun anda perlu tapis terlebih dahulu minyak masak yang telah digunakan setelah selesai aktiviti memasak. Kemudian barulah boleh jual kepada mereka di Pusat Inovasi @ Sepang.
Pusat berkenaan dibuka dari Isnin hingga Jumaat, bermula jam 9 pagi hingga 4.30 petang.
Sumber: Majlis Perbandaran Sepang