Dah pernah cuba Korean Garlic Bread? Jom kita cuba buat guna roti buku pula.
Untuk info, Korean Cheesy Garlic Bread adalah makanan jalanan Korea yang sangat popular. Dengan adunan keju dan sos mentega, ia sangat enak dimakan bila bila masa sahaja.
Tak dapat pergi Korea, kita nikmati dulu resepi roti yang popular dari Korea ini.
Baca juga: Resepi Korean Cream Cheese Garlic Bread, Hanya Guna Roti Burger
Kalau dah nak tamat tempoh, resipi ini memang sesuai untuk korang yang taknak membazir makanan di rumah.
Jom ikuti resipi perkongsian dari Munierah Eyra ini.
Resipi Korean Cheesy Garlic Bread Guna Roti Buku
Bahan-bahan:
- Roti buku – tak kisah apa jenama
- Serbuk kacang badam / badam cincang
Bahan A:
- 1 ketul butter
- 1 biji telur
- 3-5 ulas bawang putih
- 1 sudu madu atau gula
- Serbuk parsley
Bahan B:
- 250gram krim keju
- 2 sudu susu pekat
- 3 sudu susu cair/ susu segar
Cara Buat Bahan A:
1. Mula-mula cairkan butter, kemudian masukkan bawang putih dan tumis seketika. Biarkan ia sejuk.
2. Kemudian, masukkan sebiji telur kemudian kocak ke dalam butter garlic tadi.
3. Selepas itu, masukkan satu sudu madu dan taburkan serbuk parsley dan kacau sebati.
Cara Buat Bahan B:
1. Campurkan krim keju dengan susu pekat.
2. Kemudian, masukkan susu cair atau susu segar dan gaul hingga sebati dan ketepikan.
Cara Buat Korean Garlic Bread:
1. Ambil sekeping roti dan buang bahagian kulitnya.
2. Letakkan krim keju tadi dan lipat kepada dua.
3. Ketip pada tepi roti dengan garfu supaya roti tersebut tak terbuka ketika membakar.
4. Celupkan roti ke dalam bahan A dan susun atas dulang pembakar.
5. Bakar pada suhu 160c selama 10 minit atau masak sehingga crispy.
Dah boleh siap dihidang. Sedap tau sebab crispy kat luar tapi lemak berkrim di dalam.
Selamat mencuba.