keladi masak lemak cili api

Ada peminat keladi tak? Kalian wajib cuba resipi Keladi Masak Lemak Cili Api original dari Negeri Sembilan ini.

Sedapnya kalau lawan dengan ikan masin, makan dengan ulam, petai dan jering muda. Pasti terangkat!

Kalau ada yang suka, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh SuiSan Aliezsha ini.

RESIPI KELADI MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahan:

  • Keladi
  • Cili api
  • Kunyit hidup
  • 1 biji setengah kelapa parut (perah ambil pati sahaja, pastikan kelapa tua)
  • Asam keping.

Cara-cara:

  1. Bersihkan, potong dan cuci keladi. Rendam dengan asam keping dan rebus seketika. Bila dah empuk, tos dan ketepikan. Masa rebus, perahkan asam limau dan asam keping supaya getah keladi hilang.

  2. Tumbukkan cili api dan kunyit hidup. Kemudian masukkan dalam kuali bersama santan dan ikan bilis.
  3. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
  4. Kemudian boleh masukkan keladi dan asam keping. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Pastikan sentiasa dikacau dalam beberapa minit.

  6. Siap, selamat mencuba!

Kredit: SuiSan Aliezsha

Baca juga: Cara Buat Ayam Masak Lemak Cili Api Stail Negeri Sembilan, Memang Padu!

Baca juga: Jom Buat Masak Lemak Cili Padi Perut Lembu Dan Rebung

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN