Kalau tekak teringin nak makan sup, tak perlu fikir panjang sebab tak ada kedai yang boleh lawan sup kat kedai ni. ‘Sup lagenda’ katanya!
Menurut Jalan-Jalan Cuti Santai di laman Twitter, tak sah datang Kuala Lumpur kalau tak pernah cuba makan sup di kedai tersebut.
Baca juga: ‘Rating 10000/10!’ – Lelaki Ini Kongsi Kedai Makan ‘Wajib’ Pergi Bila Datang Shah Alam
Bukan Orang KL Kalau Tak Pernah Cuba ‘Sup Lagenda’ Ni
“Bukan orang KL kalau tak pernah cuba Sup Lagenda Semangkuk RM10 jer. Ini lah dia sup paling power kat KL. Dekat sini memang terkenal dengan sup daging, tulang, gear box, kuetiew sup dll. Korang wajib try.”
Restoran Sururi ni berniaga sejak 1986. Dah 36 tahun! Memang legend.
Datang KL, wajib singgah sini..
Lokasi: Restoran Sururi, Berdekatan Masjid Jamek Alam Shah, Jln Tun Razak, Pudu, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi
- Isnin – Jumaat (Sabtu -Ahad tutup)
- 9.00 pagi – 4.00 Petang
Sumber: Twitter @JalanCutiSantai